Sunday 9 February 2014

Street Art Penang



Simple tak blog baru cek? =) macam sesuai ja... macam ngam ja...kan kan kan....hahahha... macam perasan ja... bahkahkahkah... (gelak harus besaq)

Bukan apa...Makin meningkat dewasa ni, fikiran pun makin hari makin matang la... so bertindak seiring kematangan..Normally orang dewasa depa tak suka messy-messy punya stail... haha... nak habaq kata dah 22 tahun dah tahun ni... Seriously macam tak percaya.. Bukan takut tua tapi rasa macam pertumbuhan badan ni tak seiring usia... hahaha... (peringatan : harus bersyukur... Alhamdulillah nikmat Allah).

So.... checklist azam tahun lepas hampa dah settle ka? Kalau belum seeloknya selesaikan tahun ni... renung-renungkan dan selamat menjadi hamba bertaqwa... Amin...

Back to our main topics, STREET ART.... tahu tak tempat tu kat mana? Mai cek nak habaq... tempat ini merupakan tempat menarik yang tersangat rugi kalau tak di lawati oleh hampa rakyat Malaysia. Tempat ini berada di Utara tanahair iaitu Georgetown, Penang.. Mungkin dah ramai yang tahu pasal tempat  ni... Tapi apalah salahnya kalau nak cerita kelebihan dan menariknya tempat ini... Bagi photography tegar dan pencinta seni mural, wawa sangat mencadangkan hampa mai melawat tempat ini sendiri... Apa yang special nya tempat ni? Ha... ni cek nak habaq kat hampa ni....

Uniknya tempat ni disebabkan oleh terdapatnya lukisan-lukisan yang begitu berseni pada dinding-dindingnya... Apa yang hebat sangat ada lukisan kat dinding? Ha... yang hebatnya sebab lukisan ni semua ada kat dinding lorong-lorong rumah kedai termasuk rumah-rumah orang yang berdekatan kedai ni semua... Nampak tak permainan dia? haaa.....

Memandangkan aku amat malas nak terangkan lebih lanjut pasal tempat ini, jadi hampa nikmati permandangan-permandangan indah beta di sana... selamat menikmati hidangan lazat dari Pulau Mutiara... hahahha...


Masuk adalah percuma... 
Hanya perlu kerah tenaga hampa ja nak berjalan...
 Exercise excercise...

Parking ja kereta-kereta hampa kat tepi jalan ni...
yang pasti tak kena kupon meletak kenderaan ya...
dan mulakan langkah hampa berjalan sambil makan angin..
Bismillah....


Meow...Meow... Besaq sungguh... nerves cek tengok...
dah la penakut kucing tahap kronik

Siapa tak kenal dia ni... 
Sila garu kepala... 


hello ms,kitty... comey macam kuih pau... nyam3...


sangat sarankan hampa p tempat ni awal pagi
If not jalan sambil tadah peluh..
Kalau dah panas terik tak best dah nak jalan


Muka penat berjalan....
Wawa jugak nasihatkan hampa untuk sewa ja basikal
Kat sini ada kedai-kedai tepi sepanjang jalan tu yang boleh hampa sewa basikalnya...
Harga wawa tak sure sebab wawa tak lama pun kat tempat ni
Ada yang nak feeling ala-ala zaman P.Ramlee,boleh naik beca jugak
Banyak je abang-abang beca yang tawarkan khidmat beca depa..
Harga boleh runding...

see... tak heran pun rimau atas kepala...hihik


jeng-jeng jeng....
ni paling femes amos...
tak sanggup nak tunggu turn nak bergambar sama ini dua orang budak kecik
haiyooo
Owh Elvis

Ada banyak lagi sebenarnya cuma malu la nak tunjuk banyak-banyak kan... 
kita ni tak pandai nak bergaya-gaya... hihi... (poyo)

Jadi, gambar dah tengok...Macam mana nak sampai sini? Paling senang hampa pakai ja apps Waze je.. wawa hari tu pakai Waze jugak... mudah, pantas dan effisien....