Monday, 5 May 2014

Glitters Coming Out Autumn =)


Salam barakah...

Yes we finally launch our latest new design.. Alhamdulillah... Blinking gojes style...
Come out in 9 different color...In sha Allah will add more soon... As you request...
Keep support and always wearing hijab...
Love u cuz Allah S.W.T

For more details pm/ wechat/whatapps : 012-5918732...

Follow our fb page PipiGebuTM
and also you are most welcoming to this side pipigebu
Tweet me as well PipiGebu


Thanks


Sunday, 27 April 2014

Bubble talk on monday : Busy =.='





Assalamualaikum w.b.t 

Seperti biasa... Isnin bagi kebanyakan orang lain, masih dalam mood-mood mamai lagi kan... Tapi bagi aku Isnin adalah hari yang paling sibuk di dunia... mostly, kerja aku berlambak-lambak atas meja bila isnin, at the end jumaat tiada apa lagi yang tinggal... So, Jumaat apa lagi... Relax sudah... :D

However, I always telling myself, keep calm and relax... don't you dare to get stress... wah... dare bagai... haha... Di kala aku sibuk2 kumpul saham ni, makin ramai yang pergi bercutilah, ada pulak yang prepare nak get married soon... Oh aku? sangat lemah bercerita soal kahwin... weyh, bila rasa gatai sangat nak menikah, jadi macam aku la... usah ditanya kenapa... ahaks3..

Btw, aku jugak menyiapkan diri aku ke arah itu... Memperkemas ilmu di dada dan sentiasa menambahbaikan... ewah... sastera sangat... Sungguhpun begitu, aku tetap menanti siapa bakal Imam aku tu...? Oh my Imam...

Ok la... daripada aku duk sibuk merepek tengah-tengahari isnin ni baik aku ajak hampa semua ke link online shoppingku... hihi... sudi-sudikanlah...

Link : https://www.facebook.com/pages/PipiGebutm/494140847304725?ref=hl
Kalau minat boleh inbox/ pm/ call / msg : 012-591 8732 (wawa)







Terima Kasih banyak... I pray for your happiness and healthy... :D

Jal Gayo



Sunday, 9 February 2014

Street Art Penang



Simple tak blog baru cek? =) macam sesuai ja... macam ngam ja...kan kan kan....hahahha... macam perasan ja... bahkahkahkah... (gelak harus besaq)

Bukan apa...Makin meningkat dewasa ni, fikiran pun makin hari makin matang la... so bertindak seiring kematangan..Normally orang dewasa depa tak suka messy-messy punya stail... haha... nak habaq kata dah 22 tahun dah tahun ni... Seriously macam tak percaya.. Bukan takut tua tapi rasa macam pertumbuhan badan ni tak seiring usia... hahaha... (peringatan : harus bersyukur... Alhamdulillah nikmat Allah).

So.... checklist azam tahun lepas hampa dah settle ka? Kalau belum seeloknya selesaikan tahun ni... renung-renungkan dan selamat menjadi hamba bertaqwa... Amin...

Back to our main topics, STREET ART.... tahu tak tempat tu kat mana? Mai cek nak habaq... tempat ini merupakan tempat menarik yang tersangat rugi kalau tak di lawati oleh hampa rakyat Malaysia. Tempat ini berada di Utara tanahair iaitu Georgetown, Penang.. Mungkin dah ramai yang tahu pasal tempat  ni... Tapi apalah salahnya kalau nak cerita kelebihan dan menariknya tempat ini... Bagi photography tegar dan pencinta seni mural, wawa sangat mencadangkan hampa mai melawat tempat ini sendiri... Apa yang special nya tempat ni? Ha... ni cek nak habaq kat hampa ni....

Uniknya tempat ni disebabkan oleh terdapatnya lukisan-lukisan yang begitu berseni pada dinding-dindingnya... Apa yang hebat sangat ada lukisan kat dinding? Ha... yang hebatnya sebab lukisan ni semua ada kat dinding lorong-lorong rumah kedai termasuk rumah-rumah orang yang berdekatan kedai ni semua... Nampak tak permainan dia? haaa.....

Memandangkan aku amat malas nak terangkan lebih lanjut pasal tempat ini, jadi hampa nikmati permandangan-permandangan indah beta di sana... selamat menikmati hidangan lazat dari Pulau Mutiara... hahahha...


Masuk adalah percuma... 
Hanya perlu kerah tenaga hampa ja nak berjalan...
 Exercise excercise...

Parking ja kereta-kereta hampa kat tepi jalan ni...
yang pasti tak kena kupon meletak kenderaan ya...
dan mulakan langkah hampa berjalan sambil makan angin..
Bismillah....


Meow...Meow... Besaq sungguh... nerves cek tengok...
dah la penakut kucing tahap kronik

Siapa tak kenal dia ni... 
Sila garu kepala... 


hello ms,kitty... comey macam kuih pau... nyam3...


sangat sarankan hampa p tempat ni awal pagi
If not jalan sambil tadah peluh..
Kalau dah panas terik tak best dah nak jalan


Muka penat berjalan....
Wawa jugak nasihatkan hampa untuk sewa ja basikal
Kat sini ada kedai-kedai tepi sepanjang jalan tu yang boleh hampa sewa basikalnya...
Harga wawa tak sure sebab wawa tak lama pun kat tempat ni
Ada yang nak feeling ala-ala zaman P.Ramlee,boleh naik beca jugak
Banyak je abang-abang beca yang tawarkan khidmat beca depa..
Harga boleh runding...

see... tak heran pun rimau atas kepala...hihik


jeng-jeng jeng....
ni paling femes amos...
tak sanggup nak tunggu turn nak bergambar sama ini dua orang budak kecik
haiyooo
Owh Elvis

Ada banyak lagi sebenarnya cuma malu la nak tunjuk banyak-banyak kan... 
kita ni tak pandai nak bergaya-gaya... hihi... (poyo)

Jadi, gambar dah tengok...Macam mana nak sampai sini? Paling senang hampa pakai ja apps Waze je.. wawa hari tu pakai Waze jugak... mudah, pantas dan effisien.... 



Sunday, 8 December 2013

10 things make me love Kim Jong Kook that much


Nampaknya kesibukan memang membelenggu hidup aku sekarang... Sampai aku tak sempat nak updated blog ni sangat dan paling menyedihkan tak sempat nak blogwalking kat site hampa semua... Tapi jangan risau, hampa tetap dihatiku... However it is, aku tetap nak updated tentang Kim Jong Kook aku ni hah... Oppa! Oppa! Oppa! ... Saranghea... macam tak expect yang aku boleh jatuh cinta kat k-pop style ni... seriously dulu aku meluat dengan laki2 5% maskulin ni but then,sekarang aku dah 100% gilakan korean style yang aku kira dah terlalu lama melanda malaysia dan aku baru nak mula ikut... ohh sungguh ketinggalan zaman... hihihi...

Apa-apa pun aku tetap sukakan lelaki berjiwa maskulin... Dalam banyak2 aku tetap peminat setia Kim Jong Kook berbanding yang lain (walaupun Lee Min Ho pun hensem jugak) ...

Aku pun mulalah menggodek macam-macam web sebab nak tau apa yang Kookie aku suka... Here are the 10 things make me love Kim Jong Kook this much :-

1) Sebab dia sangat kacak bagi lelaki 38 tahun dan senyuman yang menawan dengan mata sepet dia...        
    OMG!!! ^.^


2) Dia penyanyi bersuara nyamuk sedangkan berbadan tiger (oh teruknya perumpamaan aku...hahah) dan         aku kira benda ni unik kat diri dia


3) Dia sangat hormatkan wanita... Sepanjang episode runningman yang aku tonton, kalau dengan perempuan     dia mesti akan mengalah la... wow,so gentleman.
4) Dia pandai buat tarian turbo (walaupun peliks)
5) Aku tak sangka dia setua tu, sebab dia ada badan yang kemas sebagai lelaki yang nak menginjak ke             angka 40-an... Oh sungguh tak sangka...mungkin sebab dia sangat jaga pemakanan dia


6) Mempunyai peminat yang ramai di Singapura... (tp aku Malaysia hokeyyy)... Nasib baik dia ada datang
    Malaysia walaupun aku tak berpeluang pergi (ah... aku belum capi tahap peminat fanatik kan)

7) Sebab dia utamakan keluarga... Sampai sekarang dalam usia 38 tahun masih tinggal dengan ibu bapa kat       anyang, South Korean sebagai lelaki bujang. Oh unbelieveable...


8) Dia sangat mudah rapat dengan budak-budak dan budak-budak pun sangat sukakan dia...




9) Dia suka mengomel dan nampak cute bila dia pok pek pok pek macam tu...hihihi
10) Kadang-kadang dia blurr dan sangat innocent ... seriously aku suka sifat tu...

Sekian sahaja...

Jal gayo

Sunday, 1 December 2013

REVIEW : Dresses from Kimisonweb.com




Macam mana hujung minggu uolls?
 Best tak? Mesti keluar jalan-jalan je kan... 
Untung la..
aku gak yang terperap kat umah... 
S.E.R.I.O.U.S.L.Y bosan weyh... (sambil buat muka stress!) ouchhh...

However, I still have my lappy besides me today.. yeppy!!! o.o
Alhamdulillah selesai la sesi berblogwalking dan terjah blog2 hampa kan...
And and and.... 
aku banyak jugak review blog-blog online business ni... (suka3x)...
Apa yang aku review? 
ahaks... bcos I'm a girl... 
so, yg aku tengok dan searching for...
of cos tak lain tak bukan... 
dress, kasut, baju, tudung...bla...bla...bla....

Ada yang aku minat tak... 
For sure ada la... takkan aku tgk je tanpa berperasaan..
Kita kan perempuan... Tanya la sapa tak teringin...
hihihi... Tunggu gaji noh... cemon baby....
Okeh... dalam banyak-banyak... aku suka baju kat blog ni...
simple je baju-baju dia ...
harga dah tentu sangat berpatutan dan boleh diterima akal...
Betul tak rugi... 
Ni aku bg hampa link blog tu... p tengok +++ cuci2x mata hampa tu taw....
Biaq blinq2 mata hampa... (sambil keluar simbol $$$$) ahhahahha...

yang paling aku suka.... jeng3....
SAFFIYA SHIFFON CARDIGAN-NUDE






RM49.00 sahaja hokeyy...

Ada lagi yang aku suka... Mai mai tengok mai...

Taraaaa...

But... Free size (fit up to M Size) oh malangnya... 
aku ni S pun belum tentu lepas...
ohhh dilema gadis bertubuh kecil...
Bergaya kan dress ni...Simple and sweet... nice of cos...
 Sapa yang M tu lompat2 sekarang...
Harga dia cuba teka?......
I
I
I
I
I
I
I
V
RM69.00 only
Put up your hand for PRINCESS DIANA-Dusty Pink Dress my dear...ahaks.

Last but not least...
Ariana Chiffon Dress- Sweet Pink


datang dalam 3 warna lembut yang memang menarik


Tiffany Blue


and nude..
quite expensive tp amat berbaloi untuk dimiliki..
RM149.00 

Ok sekian sahaja review aku untuk hari ini... Selamat mencuci mata ...

Jal Gayo

Friday, 29 November 2013

been a while since....T.T



Apa khabar semua member2x blog...(ayat klise) ....
dah lama sangat rasanya aku tak updated apa-apa 
info yang bermanfaat untuk dikongsi kat blog aku ni ha
(bermaanfaat ke blog aku sebelum ni).... hehe... 
Whatever it is... aku nak berubah... betul2x nak berubah... 
InsyaAllah, aku akan cuba buat yang terbaik 
untuk ubah sikap aku dan cara aku berfikir. 
Nanti2 kita share sesama ya semua perkara yang
 aku rasa perlu dan kalian sudi dengar...

Tq sebab support aku walaupun hanya 18 orang follower aku... 
aku hargai dan sayang kalian sangat2.......... 
Siapalah aku tanpa kalian... eceeeececece......

Sebelum tu...baca ni...



Jal Gayo 

Tuesday, 10 September 2013

Kerana segelas susu :D

 Assalamualaikum....

"Amalan minum susu baik untuk membantu mengelakkan kerapuhan
 tulang dalam kalangan orang dewasa. 
Susu membekalkan nutrisi termasuk kalsium, kalium,
 fosporus, protein, vitamin A, D dan B12, yang mana 
melengkapkan diet harian akan membawa kesemua nutrisi penting ini ke dalam tubuh seseorang,
 lantas menjadikan peminum susu lebih bertenaga."

Mukadimah panjang lebar aku bermula di sini....
Akhirnya sepanjang 21 tahun diberi kesempatan 
hidup atas muka bumi Allah S.W.T yang luas ini...
Ini baru pertama kali aku dipaksa minum susu setelah dewasa
ulang... (dewasa) =)
rasa macam baby balik sebab minum susu...
Almaklumlah..aku memang tak boleh minum susu...

Kalau dulu, asal bau susu ja dah nak muntah...
padahal baru ja letak kat hujung mulut...
belum start minum lagi dah nak muntah...
Tapi mungkin mind set ja...
Bak kata Nelson Mandela...

"It always seems impossible until it is done" ...

hihihi... jom tengok muka paksa aku kena minum susu...
tapi tak pa...
lama-lama aku mula menyukainya...
cewah...

    
  
Sekian