Friday 25 January 2013

:: seakan kelahiran semula ::



Semenjak dua ni terdetik juga kat hati aku ni untuk maju selangkah lagi ke depan... yang pasti aku teringin sangat nak berubah... hampa mesti nak tau kan aku nak berubah macam mana lagi...




Pelik tak kalau aku kata yang aku teringin nak bertudung labuh? Entah la... aku rasa hampa kena faham dan kena mengerti... memang la aku tau yang tudung tu tak membawa apa-apa erti kalau perangai kita masih sama macam dulu jugak kan...? tapi kan Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-ahzab ayat 59 :


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "


Honestly, bila aku tengok ja perempuan-perempuan kat luar sana yang bertudung labuh tu kadangkala memang terbayang jugak la...
macam manalah agaknya rupa aku dengan tudung labuh macam tu kan...? huhu... 
.
.
.
.
.

Sebenarnya Islam tu indah sangat... dia tak mewajibkan pun kita pakai tudung labuh sampai tutup lutut-lutut kita tu... cukuplah sekadar menutupi dada... 
Indah kan Islam...?
 Islam tak menyusahkan malahan menyenangkan... 
bukan kata pakai tudung bawal tu tak menutup dada... 
cuma kan lebih elok kalau kita tutup hiasan berharga yang Allah kurniakan ni dengan lebih rapi lagi... 
aku pun macam kebanyakkan hampa jugak (eh...tak mention sapa-sapa taw)... 
.
.
.
.
.


tak sempurna sebab kita ni insan yang lemah... 
tak pernah lepas dari kesalahan... 
cuma, aku yakin satu hari nanti Allah S.W.T akan berikan aku ruang dan peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik... 
hidayah bukan datang dengan sendiri, kita kena cari... 
cumanya aku perlukan sedikit masa saja lagi... sikit ja untuk aku betul-betul ready dan sempurnakan segala ibadah aku.... 
.
.
.
.
.
kalau yew pun kita nak berubah tak perlulah drastik... sebab sesuatu yang cepat, lazimnya tak kekal lama... kalau boleh aku nak perubahan yang aku buat tu nanti InsyaAllah akan berkekalan sampai bila-bila... 
Semoga Allah memberikan aku keizinan untuk memperbaiki diri aku... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Allahuakhbar ! Allah Maha Besar... ayuh kita pun sama-sama berubah... InsyaAllah... ada jalannya... Teruskan berdoa sebab Allah Maha Mendengar setiap doa hambanya.... :D





Salam petang



2 comments:

  1. Alhamdulilah bagus lah kalau ada niat macam tuh. Insyaallah suatu hari nanti Allah akan beri awak peluang. Ye betul tuh. Berubah perlahan-lahan insyaallah hati kita akan ikhlas :)

    ReplyDelete
  2. tenkiu awak... doakan yang terbaik yew untk sy... buat masa ni take time lagi... InsyaAllah... :D

    ReplyDelete